UNIT KOKURIKULUM 
SEKOLAH KEBANGSAAN  LAHAD DATU III
TAHUN 2022 / 2023 
  











VISI  DAN MISI UNIT KOKURIKULUM

 INFORMASI KOKURIKULUM 
SK LAHAD DATU III TAHUN 2022/2023


1. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) SK Lahad Datu III 2022/2023 




2. Program Pembangunan Sukan SK Lahad Datu III

i.   Sukan Bola Sepak

SK Lahad Datu III merupakan salah sebuah sekolah rendah yang mempunyai enrolmen pelajar yang agak besar iaitu kira-kira 988 orang murid. Sekolah ini telah mencapai pelbagai kejayaan terutamnya dalam beberapa jenis bidang sukan. Melihat kepada aspek kebitaraan sekolah, sekolah ini memilih sukan bola sepak sebagai  salah satu usaha untuk membangunkan aspek kecemerlangan sukan bersesuaian dengan pencapaian yang berjaya diraih sebelum ini . Program pembangunan sukan bola sepak yang dilaksanakan , bermatlamat untuk mengangkat dan mencemerlangan keupayaan dan kemahiran murid untuk mewakili sekolah sama ada di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

        Dengan program strategik yang berjalan dan dirancang untuk tahun-tahun mendatang, SK Lahad Datu III yakin akan terus mengorak langkah dalam mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan, khasnya dalam  sukan bola sepak........ [ sila klik link untuk memperolehi informasi lebih lanjut ]

Antara Pasukan Bola Sepak Yang Pernah Dibentuk Mewakili Sekolah

ii.  Sukan Bola Jaring

iii. Sukan Catur

Informasi Aktiviti Kokurikulum SK Lahad Datu III Tahun 2022 / 2023  

Perkara :    Perjumpaan Mingguan Kali Ke-1 (Mesyuarat Agung)
                  (Unit Beruniform, Kelab & Persatuan , Sukan & Permainan)
Tarikh   :    26.Mac. 2022
Masa     :   7.00 - 11.20 Pagi
Tempat  :   SK Lahad Datu III

Membuka tirai sesi persekolahan 2022-2023 secara bersemuka, Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III telah mengadakan perjumpaan mingguan kali pertama unit beruniform secara bersemuka yang melibatkan perjumpaan Unit beruniform,  Kelab & Persatuan , Sukan & Permainan. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan kali pertama secara bersemua Unit Kokurikulum sejak negara berada dalam situasi pendemik Covid19. Perjumpaan mingguan Unit Beruniform SK Lahad Datu III merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang dirancang bagi mengisi sebahagian takwim Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III.








Kejohanan Merentas Desa SK Lahad Datu III 2022
Tarikh   :    14.Mei.2022
Masa     :   7.00 Pagi
Tempat  :   SK Lahad Datu III-Jalan Pelabuhan Lahad Datu

Senamrobik / Pemanasan Badan Para Peserta Kejohanan Merentas Desa






Para Pemenang Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2022



Program Jelajah Astronomi Zon Pantai Timur Sabah
Tarikh   :    4- 5.Jun.2022 (Sabtu)
Masa     :   10.Pagi 
Tempat  :   Dewan Perdana Lahad Datu




Para Peserta Program Jelajah Astronomi SK Lahad Datu III



Kejohanan Sukan Olahraga  Peringkat SK Lahad Datu III 2022
Tarikh   :    17.Jun.2022 & 22-23.Jun.2002
Masa     :    8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat  :    Kompleks Sukan Lahad Datu & Padang Sekolah SK Lahad Datu III

Suasana Dan Acara Balapan 
Di Kompleks Sukan Lahad Datu

Majlis Perasmian Penutupan 
Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2022


1Murid 1Sukan (Sepak Takraw)

Kejohanan Sepak Takraw MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh   :    20.Jun.2022
Masa     :    8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat  :    SMK Silabukan Lahad Datu
Pencapaian : Johan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun

                 Kejohanan Sepak Takraw MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Lahad Datu.
                  SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Regu A  SK Lahad Datu III telah menjadi johan kategori sekolah rendah dalam kejohanan tersebut. Kejayaan ini merupakan salah satu pencapaian yang diperolehi sebagai pembuka tirai bermulanya aktiviti sukan secara bersemuka bagi sesi persekolah tahun 2022 / 2023.       
                  Pasukan Regu A SK Lahad Datu III akan mewakili daerah Lahad Datu di Kejohanan Sepak Takraw MSSS Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti.



Sebahagian Daripada Perlawan Sepak Takraw


       Kejohanan Sukan Catur  MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh   :    21 hingga 23 Jun.2022
Masa     :    8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat  :    Kolej Vokasional Lahad Datu  Lahad Datu



Peserta Catur SK Lahad Datu III




Kejohanan Olahraga MSSDLD  Tahun 2022
Tarikh   :    4 - 8 Julai 2022
Tempat  :    Kompleks Sukan Lahad Datu
Pencapaian : Ke-3 Acara 100M Lelaki Bawah 12 Tahun

Kejohanan Olahraga MSSD Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Kompleks  Sukan Lahad Datu. Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 5 hari bermula 4 Julai 2022 di Kompleks Sukan Lahad Datu. Dalam kejohanan tersebut telah disertai oleh pasukan dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah.
            SK Lahad Datu III telah menghantar pasukan bagi menyertai beberapa acara 12TKB yang dipertandingkan. Antara acara olahraga yang disertai ialah acara 100M (L/P), 200M(L/P),80M Berpagar (L/P), Lontar Peluru (L/P), Lompat Tinggi (L/P) dan Lompat Jauh (L/P)
            Pasukan Olahraga SK Lahad Datu III telah layak ke peringkat akhir dalam acara 100M , 200M, 80M Berpagar , Lontar Peluru , dan Lompat Tinggi . Namun demikian pasukan olahraga SK Lahad Datu III  hanya mampu merai tempat ke-3 dalam acara 100M lelaki, yang disertai oleh adik Adry.
            Walau bagaimanapun secara keseluruhannya pencapaian pasukan SK Lahad Datu III dikejohanan tersebut dapat dibanggakan kerana banyak acara yang disertai telah melayakkan diri hingga keperingkat akhir.Sementara pencapaian pingat di tempat ke-3 dalam acara 100M lelaki akhir oleh adik Hedrie Joiso merupakan pencapaian terbaik yang diperolehi dalam kejohanan sukan olahraga bagi tahun ini.
             Diharapkan pasukan olahraga SK Lahad Datu III akan terus maju ke hadapan dalam membina keyakinan dan keupayaan dalam usaha membangunan kemahiran serta potensi diri dalam acara olahraga. Usaha yang lebih penting dan bermakna ialah memberikan peluang seluas-luasnya kepada murid-murid dalam menyertai sukan sama ada di peringkat sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
       

Adik Hedrie Bin Joiso



     

    

Sebahagian Daripada Rakaman Kejohanan Olahraga MSSDLD 2022
 


Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Lahad Datu Tahun 2022

Tarikh        :     9 - 21 Julai 2022
Tempat       :    Kolej Vokasional, Lahad Datu
Pencapaian :    Penyertaan Peringkat Daerah

Kejohanan Bola Sepak   MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Padang Utama Kolej Vokasional Lahad Datu . Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Lahad Datu.
                  SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan iaitu Team A dan Team B untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Di samping untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, pasukan bola sepak SK Lahad Datu III juga menghantar pasukan di kejohanan tersebut bagi tujuan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran bola sepak. Ianya juga termasuk bagi memberi peluang seramai mungkin  murid-murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
                    Sebelum menyertai pertandingan tersebut, team bola sepak sekolah telah diberi latihan yang sewajarnya oleh guru-guru (jurulatih bola sepak sekolah) bagi persiapan sebelum kejohanan tersebut bermula.
                  Harapan pihak sekolah agar pasukan bola sepak SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang. Di samping bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berbakat di kalangan murid-murid SK Lahad Datu III.


Jurulatih Bola Sepak SK Lahad Datu III Bersama PK Kokum

Link / Pautan Video
   
                             
   SK Lahad Datu III VS SK Pekan LD (B)                                                   SK Lahad Datu III VS SK Batu 6 1/2

                       

         K Lahad Datu III VS SK Pekan LD (A)                                             SK Lahad Datu III(AVS SK Batu 6 1/2



Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh   :    
Tempat  :    Kolej Vokasional, Lahad Datu

Kejohanan Bola Sepak   MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Padang Utama Kolej Vokasional Lahad Datu . Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Lahad Datu.
                  SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan iaitu Team A dan Team B untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Di samping untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, pasukan bola sepak SK Lahad Datu III juga menghantar pasukan di kejohanan tersebut bagi tujuan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran bola sepak. Ianya juga termasuk bagi memberi peluang seramai mungkin  murid-murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
                    Sebelum menyertai pertandingan tersebut, team bola sepak sekolah telah diberi latihan yang sewajarnya oleh guru-guru (jurulatih bola sepak sekolah) bagi persiapan sebelum kejohanan tersebut bermula.
                  Harapan pihak sekolah agar pasukan bola sepak SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang. Di samping bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berbakat di kalangan murid-murid SK Lahad Datu III.





Sedutan Perlawanan Bola Sepak

        




Kejohanan Bola Baling  MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh   :    
Masa     :    8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat  :    Dewan Perdana Lahad Datu
Pencapaian : Ke-3 Bawah 12 Tahun

Kejohanan Bola Baling  MSSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah daerah Lahad Datu.
                  SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.  Pasukan bola baling  SK Lahad Datu III telah mendapat tempat ke-3 bagi  kategori sekolah rendah dalam kejohanan tersebut. Kejayaan ini merupakan salah satu pencapaian dapat dibanggakan kerana penyertaan  dalam kejohanan Bola Baling MSSS peringkat daerah Lahad Datu merupakan penyertaan yang julung-julung kalinya disertai oleh sekolah ini.
                  Serami dua orang pemain Bola Baling SKLahad Datu III telah dipilih untuk menyertai pasukan bola baling daerah Lahad Datu dalam Kejohanan Bola Baling MSSS Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan dalam bulan Ogos nanti.
                  Harapan pihak sekolah agar pasukan bola baling SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang.



          
Sebahagian Daripada Sedutan Perlawanan


Kejohanan Bola Tampar Perempuan  Bawah 12 Tahun MSSD  Lahad Datu Tahun 2022
Tarikh   :    20 - 21. Julai. 2022
Tempat  :    Gelanggang Kelab Teluk Darvel, Lahad Datu


Kejohanan Bola Tampar Perempuan  Bawah 12 Tahun peringkat Daerah Lahad Datu  telah berlangsung selama 2 hari bermula 20 Julai hingga 21 Julai 2022. Kejohanan Bola Tampar Perempuan Bahawan 12 Tahun tersebut telah dilangsungkan di Dewan Kelab Darvel Lahad Datu. SK Batu 6 1/2 telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola kejohanan tersebut.
       SK Lahad Datu III telah menghantarn 1 pasukan bola tampar di kejohanan tersebut. Penyertaan tersebut merupakan pendedahan awal kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan bola tampar di peringkat daerah. Penyertaan tersebut juga merupakan salah satu usaha sekolah untuk menengahkan kemahiran dan bakat murid dalam sukan bola tampar. 
          Penyertaan murid dalam kejohanan tersebut, telah memberi pengalaman yang amat berguna bagi tujuan pembangunan bola tampar  di peringkat sekolah. Diharapkan penyertaan seumpama itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak sekolah untuk membangunkan potensi dan keupayaan murid dalam sukan bola tampar.


Pasukan Bola Tampar Perempuan 12TKB SK Lahad Datu III


Rakaman Video Kejohanan SK Lahad Datu III VS SK Tanjung Labian


1Murid 1Sukan (Sepak Takraw)

Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022
Tarikh   :    1 hingga 3 Ogos 2022
Tempat  :    Dewan SK Pekan Pitas II , Pitas 
Pencapaian : Ke-3 Bersama Peringkat Negeri Sabah

Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos 2022. MSSD Lahad telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri yang terdiri SK  Lahad Datu III (3 orang pemain) dan SK Batu 6 1/2 Segama Lahad Datu (1 orang pemain). 
        Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 3 hari, bertempat di Dewan SK Pekan Pitas II. Dalam kejohanan tersebut MSSD Lahad Datu telah berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Secara keseseluruhan pasukan MSSD Lahad Datu telah berjaya mendapat tempat ketiga (bersaama).
          Penyertaan tersebut telah memberi pengalaman yang amat berguna bagi tujuan pembangunan sukan sepak takraw di peringkat sekolah amnya, khususnya di peringkat daerah. Diharapkan pihak sekolah  akan dapat mencungkil lebih ramai lagi  bakat dan kemahiran  di kalangan murid  untuk diketengahkan dalam sukan  sepak takraw.




Pasukan Sepak Takraw 12 TKB MSSD Lahad Datu Tahun 2022
(3 Orang Pemain SK Lahad Datu III & Seorang Pemain SK BT6 1/2 Segama)



          MSSD LAHAD DATU VS MSSD SIPITANG 

           
MSSD LAHAD DATU VS MSSD KOTA BELUD

MSSD LAHAD DATU VS KOTA MERUDU

MSSD LAHAD DATU VS MSSD BELURAN   
                                                                                

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022
Tarikh   :    6 - 8 . Ogos 2022
Tempat  :    Beluran

Pasukan Bola Sepak 12 TKB MSSD Lahad Datu Tahun 2022


Cikgu Solehan (Jurulatih Bola Sepak SK Lahad Datu III) Bersama 
Pemain Yang Mewakili Sekolah


Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos 2022 di Daerah Beluran. MSSD Lahad telah menghantar satu pasukan ke peringkat negeri. Seorang murid dari SK  Lahad Datu III telah terpilih untuk mengisi tempat dalam team bola sepak MSSD Lahad Datu
        Kejohanan tersebut telah berlangsung selama 3 hari, bertempat di Daerah Beluran. Dalam kejohanan tersebut pasukan bola sepak MSSD Lahad Datu telah berjaya  menamatkan saingan sekadar di peringkat kumpulan, berada di tangga ke-tiga dan layak ke suku akhir. 
          Penyertaan tersebut telah memberi pengalaman yang amat berguna bagi tujuan pembangunan sukan sekolah SK Lahad Datu III  amnya, khususnya di peringkat daerah. Pihak pengurusan sukan bola sepak sekolah  berazam akan mencungkil lebih ramai lagi  bakat dan kemahiran  di kalangan murid  untuk diketengahkan dalam sukan  bola sepak. Termasuk membangunkan potensi dan keupayaan murid setanding pemain-pemain di peringkat negeri.


       Perkhemahan  Pandu Pandu Puteri Tunas Negeri Sabah
Tarikh   :     Ogos 2022
Tempat  :    Kudat, Sabah


Penyertaan Pandu Puteri Tunas 
Pasukan Keempat SK Lahad Datu III Daerah Lahad Datu
Dalam Program Merdeka...Merdeka...Merdeka
Peringkat Kebangsaan Anjuran Persatuan Pandu Puteri Tunas Malaysia

   
Peserta Nur Aaireen Khairunnisa Asrim (Aktiviti A & Aktiviti B)



Peserta Nur Amirah Kasnadi (Aktiviti A & Aktiviti B)


Peserta Ameera Firdina Ahmad Fahmi (Aktiviti A & Aktiviti B)


      Kem Permata Puteri PPIM Peringkat Negeri Sabah
Tarikh   :     27 - 28 Ogos 2022
Tempat  :    SK Sepagaya, Lahad Datu





       Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan SK Lahad Datu III Tahun 2022
(     Fesyen Merdaka, Senamberirama, Spelling Bee )
Tarikh   :     27 Ogos 2022
Tempat  :    SK Lahad Datu III

               Pada tahun ini sekali lagi, negara Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke 65. Sambutan yang diadakan saban tahun ini adalah sebagai meraikan tarikh bersejarah kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos. Pelbagai bentuk aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2022.

             Kelab & Persatuan Unit Kokurikulum SK Lahad Datu III dengan kerjasama panitia-panitia mata pelajaran telah menganjurkan pelbagai aktiviti, sempena mengisi program sambutan bulan kebangsaan bagi ini.

          Pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan di sekolah ini berteraskan seni, budaya dan perpaduan dalam kalangan murid. Kemuncak sambutan hari kemerdekaan yang saban tahun dijalankan ini bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik malah memberikan sejuta impak positif kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III.Adalah diharapkan semua aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan juga para guru memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid-murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid-murid dan juga guru-guru di SK Lahad Datu III.

           Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Bulan Kebangsaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme di samping mencungkil bakat terpendam dalam kalangan murid-murid SK Lahad Datu III secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi, misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

 

Objektif 

3. i.  Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas                 nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini. 

     Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

Melahirkan semangat patriotik dan semangat cintakan negara melalui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dalam jiwa murid dan  warga sekolah amnya.

Memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam kalangan murid dan guru.

Mencungkil dan mengasah bakat terpendam dalam kalangan murid

Melahirkan murid yang berketrampilan dan berani berhadapan dengan khalayak 

Tema :  Keluarga Malaysia Teguh Bersama


    
     Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Tahap I & Tahap II SK Lahad Datu III 2022 
   

       
Pertandingan Fesyen Merdeka Murid-Murid Prasekolah & Tahap I



   
                                                        Part 1                                                                    

                         

Sila klik Link : Part 2

Pertandingan Senamrama Murid-Murid Tahap II
   
      
      Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 
SK Lahad Datu III Tahun 2022
Tarikh   :     25 September  2022
Tempat  :    SK Lahad Datu III  

         Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Lahad Datu III, panitia-panitia mata pelajaran telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi sepanjang sambutan bulan tersebut. Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Lahad Datu III tersebut telah dikelolakan oleh  Kelab dan Persatuan  Unit Kokurikulum Sekolah. Sebanyak 32 acara telah dianjurkan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tersebut.
               Acara kemuncak iaitu Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Lahad Datu III telah dilangsungkan  dengan sederhana tetapi meriah. Dalam majlis penutupan tersebut              









                     

 Video Rakaman Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SK Lahad Datu III Tahun 2022     


Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League -MiLL) 12TKB 
Peringkat Daerah Lahad Datu
(     
Tarikh   :     14 - 15 September 2022
Tempat  :     Padang SK Lahad Datu II & Padang SK Sepagaya Lahad Datu

          Liga Tunas Malaysia ( Malaysia Little League- MiLL) 12 TKB peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung dekat sini. Liga Tunas bola sepak 12 TKB tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 September. 2022.
             Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam liga tunas tersebut, antaranya SK Pekan Lahad Datu, SK Sri Darun, SK Silam, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 2, SK Fajar Harapan, SK Bikang, SK Lahad Datu II, SK Sepagaya, SK Lahad Datu III, SK ST.Dominic dan SK Unico Desa.
              Pasukan bola sepak SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan di kejohanan liga tersebut. Antara sasaran utama penyertaan di liga tersebut adalah untuk kemahiran  murid-murid dalam permainan bola sepak. Di samping itu  juga, ianya  merupakan sebahagian daripada program pembangunan bakat  murid dalam sukan bola sepak yang telah dirancang oleh Sukan & Permainan Bola Sepak di peringkat sekolah.
              Semoga dengan usaha-usaha seumpama ini serta inisiatif  yang dilakukan secara berterusan, sukan bola sepak SK Lahad Datu III akan mencapai kecemerlangan di suatu hari kelak.


Pasukan Bola Sepak SK Lahad Datu III VS  SK Bikang




Perkara :    Perjumpaan Mingguan Kokurikulum (Unit Beruniform)
Tarikh   :    15. Oktober. 2022
Masa     :   7.00 - 11.20 Pagi
Tempat  :   SK Lahad Datu III

          Perjumpaan Mingguan Kokurikulum Unit-Unit Beruniform telah diadakan dekat sini hari ini. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan unit-unit beruniform bagi persiapan untuk melaksanakan Perkhemahan Perdana Peringkat SK Lahad Datu III yang akan diadakan pada 11- 13. November.2022.
       Perjumpaan tersebut berfokuskan kepada aktiviti-aktiviti pendedahan kepada murid-murid berkaitan kemahiran ikatan, pertolongan cemas dan kemahiran mendirikan khemah.
            Diharapkan pengisian aktiviti perjumpaan kokurikulum tersebut dapat menambah pengetahuan dan kemahiran murid berkaitan dengan  kemhiran ikatan, pertolongan cemasan dan mendirikan khemah yang amat diperlukan sebagai asas kemahiran bagi pelaksanaan perkhemahan perdana yang akan diadakan kelak. 

Perkara :    Mesyuarat Persiapan Aktiviti Perkhemahan Perdana SK Lahad Datu III 2022
Tarikh   :    1.Novemberr. 2022
Masa     :   11.00 Pagi
Tempat  :   Aula Perdana , SK Lahad Datu III

     Mesyuarat Persiapan aktiviti perkhemahan perdana SK Lahad Datu III 2022 bagi kali ke-2 telah diadakan di Aula Perdana SK Lahad Datu III. Mesyurat tersebut melibatkan semua AJK pelaksana Perkhemahan Perdana SK Lahad Datu III bagi tahun 2022. 
      Mesyuarat tersebut bagi membincangkan segala bentuk persiapan yang telah dan akan dibuat bagi pelaksanaan Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform SK Lahad Datu III Tahun 2022 yang dijangka akan dilaksanakan pada 11 hingga 13 November 2022 bertempat di padang SK Lahad Datu III.
     Diharapkan mesyuarat yang diadakan dapat melicinkan lagi perlaksanaan perkhemahan perdana yang akan dibuat kelak.


Perkara :    Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Lahad Datu III 2022
Tarikh   :    11-13.Novemberr. 2022
Tempat  :   SK Lahad Datu III

Perkhemahan merupakan salah satu program anjuran Unit KoKurikulum bagi mengeratkan perhubungan antara guru dan murid serta dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid-murid sekolah.

Justru  bagi memenuhi hasrat tersebut, Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform SK Lahad Datu III Tahun 2022 telah dijalankan    tiga hari bermula pada 11 November 2022. Sebanyak lima pasukan unit beruniform sekolah telah mengambil bahagian iaitu terdiri daripada unit beruniform Pengakap, Tunas Kadet Remaja  Sekolah (TKRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Pandu Puteri Tunas dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan diadakan antaranya seperti Oreinteering, Ikhtihar Hidup, Pertandingan Memasak, Abseilling, Rentas Halangan Dan Malam Citrawarna.
Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti perkhemahan seumpama ini diharapkan murid-murid yang terlibat akan memperolehi kemahiran asas dalam aktiviti pendidikan luar di samping menitikberatkan aspek keselamatan sewaktu melakukan aktiviti.
Lantaran itu, program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar selaku modal insan yang cemerlang.


Aktiviti Pertandingan Memasak 
Sempena Perkhemahan Perdana SK Lahad Datu III
Tahun 2022

Aktiviti Pertandingan Kawat Kaki
Sempena Perkhemahan Perdana SK Lahad Datu III
Tahun 2022


Majlis Perasmian Penutupan 
Perkhemahan Perdana SK Lahad Datu III
Tahun 2022

Perkara :  Kalobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Daerah Lahad Datu
Tarikh   :   1 - 4 Disember 2022
Tempat  :   Kem Semulung Lahad Datu
Pencapaian : Johan Kawat & Johan Kebudayaan



Pasukan Pengakap  SK Lahad Datu III 
Yang Menyertai Korobori Pengakap Kanak-Kanak 
Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2022




Sebahagian Aktiviti Yang Dilaksanakan Dalam
Korobori Pengakap Kanak-Kanak 
Peringkat Daerah Lahad Datu Tahun 2022

Perkara :  Bulan Senamrobik SK Lahad Datu III
Tarikh   :   26 Januari 2023 ( 7.00 Pagi )
Tempat  :   Perkarangan Letak Kereta SK Lahad Datu III
Penglibatan  :   Guru-Guru , AKP Dan Murid-Murid Tahap II







Comments